Kawasan yang paling berbahaya di SMKTPG adalah di hadapan pintu masuk utama sekolah. Lebih ketara ketika waktu pelajar dan guru-guru memasuki kawasan sekolah. Terdapat empat keadaan yang sukar dikawal:-
  1. Kenderaan penjaga yang berhenti menurunkan anak-anak mereka
  2. Guru-guru dan kaki tangan yang perlu masuk
  3. Sekumpulan pelajar yang turun dari bas dan berlumba-lumba untuk masuk dan
  4. Pecutan kenderaan dari arah Jenjarom selapas berhenti di lampu isyarat di pekan T.P.Garang.

Pecutan mereka itu disebabkan mereka pun sudah lambat. Kita pun kadang -kadang lambat.

Apakah langkah yang positif yang dapat sama-sama kita fikirkan?

Adalah ini saya mencadangkan agar:-

  1. Pintu kedua utama dihadapan Dewan Sri Panglima dibuka diwaktu pagi khas untuk guru-guru dan kakitangan sahaja.
  2. Menutup semula selepas waktu yang dihadkan selesai.

2 Responses
  1. Khai2020 Says:

    Cadangan yg baik. Kete yg ada sticker je boleh masuk..


  2. cikgu yassir Says:

    salam,
    pintu kedua juga berbahaya.
    kerana simpang betul2 di tepi jalan, tiada ruang untuk kereta berhenti terutama waktu menunggu kereta yang berada di simpang keluar.. lebih berbahaya bila kenderaan dari arah jenjarom memecut tanpa perasan kereta kita mahu masuk simpang...